Skip to main content

Posts

Featured

POMADE: Pasaran Tepu?

Pomade keluaran Amar Baharin Bagi yang tak tahu, Pomade adalah satu produk rambut yang semakin popular dewasa kini. Berbekalkan tagline   waterbased , produk ini semakin mendapat hati dan tempat dalam kalangan masyarakat. Ada yang membeli untuk dipakai, ada yang beli untuk dijual, ada yang beli untuk yang tersayang. Pendek kata, sebut sahaja Pomade, rata-rata golongan lelaki sudah arif dah tahu. Namun, dek kerana kerakusan pengeluar untuk mengaut keuntungan, saya berpendapat pasaran Pomade sudah menghampiri zaman kegemilangannya. Ini mudah dirumuskan, apabila rata-rata pengeluar, sudah mula mencari stokis/ agent  yang ramai untuk membekalkan produk. Malah, ada yang turut menawarkan penjenamaan semula pomade.  Maksudnya, pengeluar tersebut menjual pomade keluaran beliau, namun dengan branding  pembeli baru. Walhal, produk yang sama juga dijual. Pasaran kian menepu, apabila pihak bermodal besar mula campur tangan. Amar Baharin contohnya, turut mengeluarkan pomade The Zoo

Latest Posts

Sistem Akaun Masjid: Motif Keuntungan?

Train to Busan: Drama atau Seram?

Roti Canai Kayu Arang, Cheng, Melaka

Homemade Grill Beef & Chicken Burger