Roti Canai Kayu Arang, Cheng, Melaka

Jentera yang digunakan

"Ah, mesti rasa sama. Nama pun roti canai." Begitulah tindakbalas saya apabila terbaca komentar dan ulasan roti canai tersebut.

Namun, selaku manusia, saya juga seperti kebanyakkan. Umpama teknik "repeated advertising" perlahan-lahan minda bawah sedar saya membuat spekulasi.

"Mungkin roti canai ini sememangnya berbeza? Jika tidak, masakan ia semakin popular?"
Tak mampu membendung rasa hati yang kian berbelah bahagi, pantas saya menghubungi rakan-rakan berdekatan. Tanpa saya sedari, saya secara tiba-tiba menjadi jurucakap bagi kedai tersebut. Walhal, pergi pun saya tak pernah. Ya, ini dinamakan brand awareness. Setelah berulang kali saya dihujani update terkini di media masa, saya secara tak sedar menjadi yakin roti canai ini berbeza.

Full house pada hujung minggu!
Cara untuk sampai ke kedai? Mudah! Dari lebuhraya utara selatan, anda keluar susur Simpang Ampat. Hala ke arah pusat bandar. Teruskan perjalanan anda sehingga anda berjumpa simpang empat berjambatan. Terus ke hadapan, tapi cakna sebelah kiri anda. Kedai akan berada di sisi kiri tak lama selepas melepasi jambatan tersebut.

Memandangkan ianya hari minggu, ramai pengunjung meluangkan masa bersama keluarga menikmati sarapan. 

Untuk pengetahuan anda, selain roti canai, kedai ini turut menjual sate, nasi lemak dan pelbagai jenis kuih muih. Bersedialah untuk menunggu agak lama, jika anda datang lewat. Gambar ini diambil seawal jam 8.45 pagi!

Tekun mencari rezeki yang halal
Gigih. Sikap begini yang perlu ada dalam diri setiap usahawan.  Tatkala insan lain bergembira meluangkan masa dengan keluarga di hujung minggu, mereka berhempas tulang empat kerat mencari rezeki yang halal. Tabik!

Oh, lupa. Lihat, bahan bakar yang diguna. 100% arang. Makin banyak arang, makin terbaiklah rasa keasapan roti canai tersebut. Hehehe.

Tanpa membuang masa, kami memesan roti canai arang telur goyang serba dua. Almaklumlah, perjalanan bukan 10 minit, bukan 20 minit, tapi 2 jam! Kami perlukan bekalan yang mencukupi!

Tak sabar nak makan!
Selang 30 minit kemudian, pesanan kami sampai.  Seperti biasa, terpaksa bergambar dahulu. Kalau tak, macam mana nak promote pada rakan-rakan pembaca. 

Untuk pengetahuan, roti canai ini dihidangkan bersama kuah dhal dan sambal buatan melayu. (Saya biasa makan dhal mamak, dapat rasa bezanya).

Rasa? Lazat? Hm. Suapan pertama, disusuli suapan kedua. Hati saya mula hiba. Suapan ketiga disambung. Kali ini sayu. Rasa nak menangis. Hehehe. Rasanya enak, tapi tak banyak beza dengan roti canai biasa di kedai mamak. Hanya ada sedikit rasa hangit-hangit arang.

Kuahnya? Kurang dari segala aspek. Mungkin disebabkan ramai pengunjung, quality control sudah mula direndahkan. Biasalah, berniaga mesti ada naik turun. Dek kerana kecewa, kami beralih pula pada hidangan kedua, iaitu sate. Harapnya kali ini kami berpuas hati.
Sate memang terbaik!

Ya, sate itu pengubat luka. Penyembuh hati yang lara. Dagingnya diperap sempurna, kuahnya cukup sifat dan rasa. 

Mungkin seharusnya sate ini yang dijadikan tarikan. Entah, saya sendiri kurang pasti. Apa yang pasti, sate ini memang menu wajib kalau anda datang singgah ke kedai ini.

Harga? Maaf, saya makan free. Kawan ada rezeki lebih, alhamdulillah. Doakan beliau murah rezeki. Ameen. Tapi rasanya taklah semahal makan pizza hut atau di cafe-cafe hipster kota metropolitan!

Komentar:

Roti Canai
  1. Rotinya tak banyak beza dengan roti di kedai mamak, hanya terdapat sedikit rasa hangit arang. Bagi yang tak pernah cuba, boleh cuba.
  2. Kuah Dhal boleh dibaiki, kurang menyengat.

Sate
  1. Perapan memang terbaik.
  2. Kuah kacang kalah sate kajang!

Environment
Kawasan kedai dipenuhi dengan pokok-pokok, menjadikan konsep sarapan dalam hutan. Terbaik dan selesa. Sesuai untuk dijadikan tempat sarapan bersama family. Jika anda datang ke sini, boleh singgah!

Ingat, ini pandangan individu. Lain orang, lain ragam. Anda cuba sendiri!




Comments

Popular Posts